Info Batin Malaysia

Home arrow Info Seks Suami Isteri arrow Bersetubuh siang hari di bulan ramadhan
Bersetubuh siang hari di bulan ramadhan E-mail
Monday, 28 April 2008

Bersetubuh di siang hari Ramadhan antara suami isteri adalah suatu dosa besar dan berikut adalah hukuman ringkasnya :-

1) Puasanya terbatal

2) Kedua-dua mereka berdosa besar.

3) Wajib menggantikan puasa mereka berdua

4) Wajib melunaskan kaffarah menurut turutannya ( jika pasti tidak mampu barulah akan turun kepada kaffarah kedua)

a- Membebaskan seorang hamba (namun hal ini sudah tiada di zaman ini)

b- Puasa berturut-turut selama dua bulan  (jika sudah mencuba dan tidak mampu, namun jika belum mencuba sudah mendakwa tidak mampu ia adalah ditolak, demikian juga seseorang yang sihat wal afiat dan segar bugar serta kaya pula, haram bagi mereka untuk menggantikan kaffarah 2 bulan puasa kepada yang ketiga)

Amat mudahlah untuk memberi makan 60 fakir miskin bagi seorang yang kaya. Cuba kita kirakan, anggaplah sekali makan sehingga kenyang hanya RM 5.00 x 60 orang, hanya mencecah RM 300 sahaja. Sangat tidak ada ertinya bagi mereka yang bergaji besar.

Justeru itu, kalau bukan karena nasihat pasti dari doktor pakar yang menyatakan anda mempunyai sakit sehingga tidak boleh berpuasa 2 bulan berturut, barulah boleh menggantikan kaffarat puasa 2 bulan berturut-turut menjadi memberi makan 60 fakir miskin.

c- Memberi makan 60 orang faqir miskin

Tanpa menafikan perdebatan fiqh yang panjang bereknaan samda kaffarah jatuh kepada lelaki sahaja atau kedua-dua mereka. Saya kira bagi meringkasakna jawapan, eloklah pihak wanita melunaskan kaffarah dengan member makan 60 orang miskin. Manakala si lelaki perlu berpuasa 60 hari. Wallahu'alam.

Comments (0)Add Comment

Write comment
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
smaller | bigger

security code
Write the displayed characters


busy
 
< Prev   Next >
Iklan Murah Info Batin