Info Batin Malaysia

Home arrow Info Seks Suami Isteri arrow Kaedah semulajadi rancang kehamilan
Kaedah semulajadi rancang kehamilan E-mail
Monday, 28 April 2008

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Kaedah semula jadi (Natural Family Planning).

Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan `subur' (masa ovulasi). Ini akan menghalang telur disenyawakan oleh sperma. (Sila berbincang dengan doktor anda mengenai tempoh subur.)

Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan `subur' (masa ovulasi). Pasangan wanita juga perlu menyimpan rekod kitaran haid mereka dengan teliti untuk memastikan tempoh subur.

Kaedah semula jadi (Natural Family Planning) berasaskan menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan.

Terdapat empat jenis cara menganggarkan masa subur iaitu :

  • kaedah kalendar,
  • suhu badan basah,
  • kaedah mukus seviks,
  • kaedah simptomtermal.
Bagi sesetengan pasangan, kaedah semula jadi tidak sesuai terutama pada :-
  1. Wanita yang mempunyai kitaran haid tidak menentu.
  2. Pasangan yang tidak dapat merancang hubungan kelamin dengan baik seperti mereka yang baru berkahwin, atau lama berpisah.
  3. Wanita yang sering terlupa kitaran haid disebabkan terlalu sibuk.
Penggunaan kaedah semula jadi tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan kaedah semula jadi hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.

Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan kaedah semula jadi, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor  agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Comments (0)Add Comment

Write comment
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
smaller | bigger

security code
Write the displayed characters


busy
 
< Prev   Next >
Iklan Murah Info Batin