Info Batin Malaysia

Home arrow Info Seks Suami Isteri arrow Kerjasama penting untuk kepuasan seks yang maksimum
Kerjasama penting untuk kepuasan seks yang maksimum E-mail
Monday, 14 May 2007
DALAM konteks perkahwinan, hubungan seks adalah satu interaksi atau perhubungan yang penuh tanggungjawab. Suami dan isteri perlu saling membantu untuk mengecapi dan menghayati nikmat serta keseronokannya.

Tanpa kerjasama dan jalinan hubungan yang mesra, hubungan seks hanya akan menjadi satu rutin dan hanya dilakukan atas dasar tanggungjawab atau terpaksa. Situasi sebegini akhirnya akan bertukar kepada kebencian apabila hubungan seks tidak lagi memberi apa-apa nikmat kepada pasangan.
Hubungan seks yang intim memberi manfaat kehidupan kepada kedua-dua pasangan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka.

Ia hanya boleh berlaku apabila kedua-dua pasangan berinteraksi dengan baik dan membantu pasangan mencapai klimaks dengan melakukan rangsangan yang mencukupi mengikut panduan pasangan. Tanpa kerjasama antara pasangan untuk memberi panduan dan galakan, pasangan tidak akan sampai kemuncak kepuasan dan hubungan seksual menjadi hambar.

Memang sukar bagi mana-mana pasangan untuk memberi rangsangan seksual tanpa panduan daripada pasangan masing-masing. Contohnya suami tidak boleh membaca apa yang tersirat dalam fikiran isterinya atau apa yang boleh memuaskan berahi isterinya melainkan kedua-duanya dapat berinteraksi dan bersama-sama memberi tunjuk ajar serta dorongan sehingga mendapat kepuasan seks bersama.

Jika boleh, sewaktu melakukan hubungan seks dengan isteri, nyatakan apa yang anda hajati supaya dia boleh memainkan peranan. Bukannya melakukan sesuatu yang mungkin tidak memberi kepuasan atau ketidakselesaan kepada anda.
Comments (1)Add Comment
...
written by MRS FIR, October 23, 2009
walaupun semasa melakukan hubungan, kami selalu memberitahu psangan msing2 cara dan gaya seprti mana yang kami inginkan, kami sering berbincang & bertolak ansur dalam hubungan intim suami isteri..
report abuse
vote down
vote up
Votes: -1

Write comment
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
smaller | bigger

security code
Write the displayed characters


busy
 
< Prev   Next >
Iklan Murah Info Batin