Bantuan Info batin Daftar Sekarang. Beli Online - Cari produk dan klik utk beli. Maklumat pembeli dirahsiakan
 Pertanyaan Lanjut atau Pembelian melalui SMS sila hubungi Amir - 016 2663538


Promosi produk batin    Suami Hadiahkan Sepasang lingerie,  Isteri Memakai lingerie,
    Tentu Isteri Sexy Tidak Terperi, Suami Pun Terus Memberi.
    US Quality | Gown | Baby Doll | Mini Dress | Chemises  

    Dapatkan lingerie Sexy Secara Online Di Info Batin Malaysia


Kewajipan mandi junub / hadas besar

Perkataan ‘junub’ ataupun ‘janabah’ menurut bahasa bererti jauh. Dalam surah al-Qasas: 11 terdapat firman Allah yang bermaksud: Maka kelihatan Musa oleh saudara perempuannya dari jauh.

Menurut istilah syarak, ia bererti orang yang tidak suci, kerana sesuatu sebab seperti keluar air mani, bersetubuh dan sebagainya seperti yang akan dijelaskan. Istilah ‘junub’ ini digunakan merujuk kepada kaum lelaki dan perempuan, sama ada ketika jamak atau tunggal. Orang yang berada dalam keadaan junub ditegah daripada mendirikan sembahyang, membaca al-Quran, tawaf dan lain-lain larangan yang akan dijelaskan, yang telah ditetapkan oleh Allah. Untuk membolehkan seseorang yang dalam keadaan junub itu melakukan amalan ibadah yang ditegah, seseorang itu hendaklah mandi, yang diistilahkan sebagai ‘mandi junub’.

Berikut ini dijelaskan dengan ringkas sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi junub:

i. Keluar air mani, iaitu sama ada ia berlaku kepada lelaki atau perempuan, biar dengan sebab apa pun, kerana mimpi, bersenda gurau, memandang sesuatu dengan ghairah ataupun setakat berkhayal atau memikir sesuatu yang merangsang keluar air mani.

Dalam sebuah hadis daripada Ummu Salamah, dia berkata: Ummu Sulaim pernah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu dia berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu menerangkan yang hak. Adakah perempuan wajib mandi apabila bermimpi? Jawab Rasulullah: Ya, apabila dia melihat air mani.

Menurut hadis riwayat Abu Daud dan lainnya, daripada Saidatina Aishah, dia berakta: Rasulullah telah ditanya tentang lelaki yang merasakan basah tetapi tidak ingat yang ia bermimpi. Rasulullah berkata, dia wajib mandi. Mengenai lelaki yang berasa dirinya bermimpi, tetapi tidak berasa sesuatu yang basah, maka baginda menyatakan, dia tidak wajib mandi. Lalu Ummu Sulaim berkata: Perempuan juga bermimpi seperti itu. Adakah dia juga wajib mandi? Baginda menjawab: Ya, kaum wanita itu adalah belahan lelaki.

Mujahid telah berkata, menyatakan ketika dia dan sahabat-sahabatnya iaitu Ibnu Abbas Thawus, Said bin Jubair dan Ikrimah duduk di masjid, dan ketika itu Ibn Abbas sedang mendirikan sembahyang, tiba-tiba datang seorang lelaki bertanyakan, kalau ada di antara mereka yang ada di situ boleh memberi fatwa. Salah seorang daripada sahabat itu bertanyakan lelaki berkenaan kalau dia mahu bertanyakan sesuatu.

Lelaki itu berkata, “Setiap kali saya membuang air kecil, ia selalu diiringi oleh air yang terpancut.”

Salah seorang daripada sahabat bertanya sama ada air itu yang menjadi asal kejadian anak. Lelaki itu menyatakan, ya. Lalu mereka menjawab, mengatakan kalau begitu dia wajib mandi. Lelaki berkenaan beredar pergi dalam keadaan tidak puas hati.

Setelah Ibn Abbas menyempurnakan sembahyangnya, dia meminta Ikrimah supaya memanggil lelaki tadi datang. Apabila lelaki itu datang menemuinya, Ibn Abbas bertanyakan kepada sahabat sama ada fatwa yang diberikan itu berlandaskan kitabullah, daripada Rasulullah atau daripada sahabat. Mereka menyatakan tidak! Fatwa tersebut hanya lahir daripada fikiran mereka sendiri.

Setelah lelaki tadi tiba berhampiran Ibn Abbas, beliau bertanya sama ada dia berasa air itu keluar disertai oleh rasa syahwat. Lelaki itu menyatakan dia tidak bersyahwat ketika itu. Dia juga tidak berasa letih setelah air itu keluar. Ibn Abbas menyatakan bahawa hal demikian berlaku kerana cuaca dingin yang mempengaruhi. Kerana itu dia tidak wajib mandi junub, memadai dengan berwuduk sahaja.

Berdasarkan hadis di atas, dijelaskan juga bahawa orang yang bermimpi, tetapi tidak bertemu dengan air mani, maka dia tidak wajib mandi. Ibn Munir berkata, menurut ingatannya hukum ini telah disepakati oleh ahli-ahli ilmu.

Selain daripada itu, apabila seseorang itu bangun tidur, lalu dia mendapati basah pada pakaian atau selimut misalnya, tetapi dia tidak ingat sama ada dia bermimpi, maka dia wajib mandi sekiranya dia yakin bahawa itu adalah air mani. Ini kerana pada zahirnya air itu keluar asalnya disebabkan mimpi yang dia tidak ingat. Andainya dia tidak pasti adakah itu air mani atau bukan, dia tetap wajib mandi junub demi untuk berjaga diri.

Menurut Mujahid dan Qatadah, orang yang dalam keadaan demikian tidak wajib mandi, kecuali dia benar-benar yakin bahawa apa yang ditemui itu adalah air yang terpancar (mani). Keyakinan asal yang ada pada dirinya ialah dia dalam keadaan suci. Hal demikian tidak boleh hapus semata-mata kerana kebimbangan atau keraguan.

Orang yang merasakan air maninya hendak keluar ketika dia dalam keadaan bersyahwat, lalu ia menahan kemaluannya, menyebabkan air mani tidak keluar, dia wajib mandi kerana hadis yang lepas menyatakan bahawa kewajipan mandi itu dikaitkan dengan melihat air mani. Tanpa melihatnya, hukum wajib mandi itu tidak berlaku. Tetapi sekiranya air itu keluar ketika dia berjalan misalnya, dia wajib mandi.

Orang yang melihat air mani pada kainnya tetapi tidak tahu bila air itu keluar, dan secara kebetulan telah melakukan sembahyang, dia wajib mengulangi sembahyang, bermula daripada waktu tidurnya yang terakhir, kecuali kalau ada tanda-tanda membuktikan bahawa air mani itu keluar sebelum itu. Ketika itu dia perlu mengulangi sembahyang yang terdekat sekali dengan tidur di mana air mani itu keluar.

ii. Melakukan hubungan jenis.
Iaitu memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam alat kelamin perempuan, biarpun tidak keluar air mani.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah daripada Nabi beliau bersabda yang bermaksud: Apabila lelaki telah duduk di antara bahagian-bahagian tubuh wanita yang empat, kemudian meletihkannya, maka bererti dia telah wajib mandi. Menurut satu riwayat lain menurut Muslim, sekalipun dia dia tidak mengeluarkan mani.

Dalam sebuah hadis daripada Said bin Musayyab, dinyatakan bahawa Abu Musa al-Asyhari berkata kepada Aishah: Saya ingin menanyakan sesuatu, tetapi saya rasa malu kepada anda. Jawab Aishah: Tanyalah dan jangan malu-malu kerana saya ini adalah ibumu. Maka ditanyakan tentang lelaki yang melakukan hubungan jenis tetapi tidak sampai keluar mani. Lalu Saidatina Aishah menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud:

Apabila alat kelamin wanita bertemu dengan alat kelamin lelaki, maka wajiblah mandi.

Berdasarkan ijmak ulama, hubungan itu hendaklah terlaksana dengan betul, bukan semata-mata menyentuh tanpa melakukan hubungan jenis.

iii. Terhentinya haid dan nifas.
Ketentuan ini adalah berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu dekati mereka hinggalah suci. Maka apabila telah suci, bolehlah kamu datangi mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.

Rasulullah pernah bersabda kepada Fatimah bin Abi Hubaish yang bermaksud: Tinggalkan sembahyang selama hari-hari haid, mandilah dan kemudian sembahyang.

iv. Mati.
Orang yang meninggalkan dunia wajib dimandi berdasarkan ijmak.

v. Orang kafir yang baru masuk Islam.

Orang yang berada dalam keadaan junub dilarang mengerjakan sembahyang, fardu atau sunat. Larangan ini berdasarkan firman Allah seperti yang tersebut dalam surah an-Nisa’: 43. Dilarang juga mereka yang berada dalam keadaan junub mengerjakan tawaf sama ada tawaf fardu, wajib atau sunat.

Selain daripada itu orang yang berjunub dilarang membaca al-Quran. Dalam sebuah hadis daripada Ali bin Abu Talib beliau berkata: Rasulullah pernah membacakan al-Quran di hadapan kami setiap waktu, baik berwuduk terlebih dahulu mahupun tidak, selama beliau tidak dalam keadaan junub - hadis riwayat Tirmizi, Nasaiy dan Ahmad.

Juga dilarang menyentuh al-Quran dan tinggal di dalam masjid. Adalah lalu di dalam masjid bagi orang yang berada dalam keadaan junub tidak dilarang. Larangan di atas berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa’: 43 yang bermaksud: Janganlah pula berdiam di masjid ketika kamu dalam keadaan junub, kecuali jika sekadar lalu sehinggalah kamu mandi terlebih dahulu.

Perempuan haid atau nifas boleh lalu dalam masjid dengan syarat tidak mengotori masjid dengan titisan darah. Larangan lain ialah melakukan sujud tilawah atau sujud syukur.

Recommend this article...

 
< Prev   Next >
Iklan Murah Info Batin

Login / Daftar

Iklan Murah

Iklan murah di infobatin
Iklan Murah Info Batin

Iklan Murah Info Batin

Pancutkan Isteri



Iklan Murah Info Batin

Ahli Online

We have 15 guests and 1 member online

Ahli Info Batin

ahli infobatin 9747 registered
ahli infobatin 15 today
ahli infobatin 74 this week
ahli infobatin 837 this month
ahli infobatinLast: ahmad albab
Powered By PageCache
Generated in 1.25708 Seconds