|
Memasukkan alat vibrator kekemaluan isteri |
|
|
Saturday, 19 May 2007 |
Apakah hukumnya memasukkan alat seperti vibrator kekemaluan isteri sebagai sebahagian dari muqadimah sebelum melakukan jimak.
Jawapan: Sebelum melakukan jimak, disunat dan digalakkan kepada suami-isteri melakukan rangsangan sebagai mukadaimah jimak. Larangan-larangan umum wajiblah dipatuhi seperti tidak melalui dubur, tidak sewaktu isteri didatangi bulan dan seumpamanya.
Dalam masa yang sama, kita sentiasa diingatkan dengan satu qaedah bahawa sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia adalah haram. Ini adalah prinsip sadduz zaroe'.
Perlulah diingati vibrator itu samada dengan kehadiran atau ketiadaan suami akan tetap merangsang nafsu seseorang yang menggunakannya. Penggunaan vibrator kemaluan suami ini untuk muqadimah jimak ini ditakuti boleh membawa kepada perkara haram. Dalam jangka masa yang panjang, si isteri mungkin pada suatu hari mendapati dia lebih puas dengan vibrator tersebut daripada suaminya. Si isteri mungkin merasakan tidak perlu risau ketiadaan suaminya untuk memuaskan nafsu naluri semulajadinya. Ini boleh merosakkan kehidupan rumahtangga muslim yang selama ini bahagia, aman dan tenteram.
|