Info Batin Malaysia

Home arrow Info Seksual arrow Info seks suami isteri arrow Suami isteri berjimak sebelum mandi wajib
 
Suami isteri berjimak sebelum mandi wajib E-mail
Monday, 28 May 2007

Soalan:
Saya sudah bersih daripada didatangi haid. Apakah boleh sekiranya saya membenarkan suami saya menyetubuhi saya sedangkan saya belum lagi mandi wajib dan apakah hukumnya. Adakah saya berdosa terhadap suami saya sekiranya suami saya tidak mengetahuinya?

 

Jawapan:
    Syekh Mahmud Khitab As Subki mengatakan, bahawa menurut kebanyakan para ulama Jumhur persetubuhan yang dilakukan sehabis berhentinya darah haid sebelum mandi adalah haram, sekalipun berhentinya itu pada akhir masa haid yang terpanjang. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 222 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah; "Ianya kotor (mudarat), oleh itu hendaklah kamu menghindarkan diri dari isterimu (jangan menyetubuhinya) dan jangan kamu hampirinya sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci (mandi), datangilah mereka sebagaimana yang telah diperintahkan Allah ke atas kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan yang membersihkan diri".     Jika anda telah terlanjur melakukan sesuatu perkara yang dilarang dalam agama, sedangkan anda tidak mengetahui kedudukan hukum yang sebenarnya, maka segeralah bertaubat kepada Allah, dan berhati-hatilah dalam mengerjakan syariat yang telah ditentukan Allah SWT. Hanya kepada Allah kita semua berserah diri dan hanya Allah Yang Maha Pengampun. Wallahu A'lam.
Comments (0)Add Comment

Write comment
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
smaller | bigger

security code
Write the displayed characters


busy
 
< Prev   Next >