Info Batin Malaysia

Home arrow Info Seks Suami Isteri arrow Suami menelan air mani isteri dan sebaliknya
Suami menelan air mani isteri dan sebaliknya E-mail
Saturday, 19 May 2007

Apa yang saya tahu ialah air mani itu tidak najis. Soalannya apakah hukumnya suami menelan air mani isteri dan isteri menelan air mani suami? Jawapannya : Oleh kerana Allah SWT menganggap air mani sebagai air yang hina, (Surah al-Sajadah: 8, Surah al-Mursalat: 20), jadi sebaik-baiknya perbuatan menelan air mani tersebut dijauhkan. 

Abu Hanifah menganggap air mani itu najis. Tidak sah sembahyang orang yang menanggungnya, contohnya memakai pakaian yang ada kesan air mani. Manakala Imam Shafi’e dan Ahmad menganggap air mani tidak najis, tetapi ia sebagai air yang perlu disucikan. Rasulullah SAW menyuruh Aisyah membersihkan pakaian yang ada padanya air mani, tanpa menyuruh mengulangi sembahyang orang yang memakai pakaian yang ada kesan air mani.

Maknanya, air mani dianggap tidak bersih di sisi syara’, walaupun tidak dianggap sebagai najis. Ia perlu dibersihkan. Orang yang berjanabah perlu mandi wajib, manakala kesan air mani pada tubuh dan pakaiannya perlu dibersihkan.

Rasulullah SAW menyuruh orang yang beriman supaya bersegera mandi wajib ataupun sekurang-kurangnya membersihkan kesan mani pada tubuh badan dan berwuduk sebelum makan/minum atau tidur. Itu tidak termasuk larangan bagi orang yang berjanabah mendekati Allah SWT dengan sembahyang, memegang/baca Quran, tawaf dan lain-lain ibadah. Ini menunjukkan bahawa keadaan ‘tidak suci’ itu disebabkan oleh persetubuhan atau keluar mani. Maka tidak sewajarnyalah berlaku perbuatan menelan air mani oleh suami atau isteri.

Di dalam sebuah hadis, Aisyah memberitahu bahawa Rasulullah SAW tidak melihat kemaluanku dan aku juga tidak melihat kemaluannya ketika Baginda mencampuriku. ‘Mafhum muwafaqah’ dari hadis ini menunujukkan bahawa melihat kemaluan pasangan ketika bersetubuh bukan sunnah Nabi SAW, apatah lagi untuk menjilat atau menelan air mani.

Wallahu a'alam.

Ruj:
1. Hashiah Ibn Abidin ‘Ala al-Dur al-Mukhtar
2. Fath al-Bari
3. Majmu’ Syarh al-Muhazzab
Comments (0)Add Comment

Write comment
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
smaller | bigger

security code
Write the displayed characters


busy
 
< Prev   Next >