AROMATERAPI merujuk kepada terapi menggunakan aroma. Lazimnya, penghasilan minyak aromaterapi adalah melalui gabungan minyak pati asli daripada tumbuhan melalui proses ekstrak penyulingan.
Bagi menghasilkan minyak urut aromaterapi pula adalah melalui gabungan minyak pati asli dengan carrier oil atau juga dipanggil minyak pembawa yang mana sifat minyak itu mestilah tidak meruap, mudah menyerap pada kulit serta tidak mempunyai bau. Contoh minyak pembawa yang baik adalah grapseed atau sweet almond.
Minyak pati asli boleh digabungkan mengikut sukatan tertentu untuk menghasilkan kesan baik kepada manusia antaranya untuk tujuan anti tekanan ataupun menjadi pewangi kepada bilik. Minyak pati juga boleh ditambah beberapa titik ke dalam tab mandi untuk tujuan menambah kesegaran dan ketenangan ketika mandi.
Minyak urut aromaterapi pula boleh digunakan untuk rawatan tertentu seperti rawatan ketika mengandung, rawatan sukar bersalin, rawatan selepas bersalin dan seperti sakit belakang dan rawatan untuk bayi dan kanak-kanak.
Bagi ibu mengandung yang mempunyai masalah seperti sakit belakang dan sengal-sengal sendi boleh menggunakan rawatan aromaterapi sebagai jalan penyelesaiannya.
CARA PENGGUNAAN
1. Pure Essential Oil
Masukkan 5 titik Pure Essential Oil ke bekas mandian (Bath Tap). Kemudian, manjakan tubuh anda selama 10minit.
2. Blended Essential Oil
Campurkan 3 titik Blended Essential Oil dan 2 titik Pure Essential Oil ke dalam bekas mandian (Bath Tap).
3. Massage Oil
Gunakan 5 titik Massage Oil. Kemudian urut pada kawasan yang hendak diurut.
4. Foot and bath salt.
Masukkan 2 sudu makan foot and bath salt ke dalam bekas berisi air suam. Kemudian, rendam kaki selama 10 minit. Sesuai untuk mandian di dalam bekas mandian (Bath tap).
Pure Essential Oil dan Blended Essential Oil tidak sesuai pada wanita hamil 4 bulan ke bawah dan tidak boleh digunakan terus pada kulit.
Lihat produk Sutra dengan cara klik link di bawah:
http://infobatin.com/produk-batin/sutra-essential.html











