|
Assalammualaikum ustaz , Ada satu pemasalahan yang tidak tertanggung oleh saya sekarang, saya harap ustaz boleh membantu saya dengan memberi jawapan dan hukumnya serta apakah tindakan yang perlu diambil oleh saya untuk memastikan saya tidak melakukan dosa walaupun yang tidak saya sedari. Saya sudah bertunang, usia pertunangan saya mencecah 5 bulan, hubungan kami suci kerana saya tidak membenarkan dirinya menyentuh saya walaupun bepegangan tangan . Dia meghormati saya dan saya yakin tunang saya juga adalah baik walupun tidak terlalu alim..
Saya amat menyayangi dirinya . Tapi sejak kebelakangan ini dia cuba untuk menyentuh saya dan memegang tangan saya . saya manusia biasa ustaz, kadang-kadang saya tewas, tapi kami cepat sedar. Tunang saya selalu menyatakan dia tak akan menyentuh saya sehingga kami perhubungan kami halal. Saya amat kagum dengan pengakuanya. Tetapi sejak kebelakangan nie saya rasa amat kesian akan dirinya kerana dia pernah meyatakan terseksa pabila menahan gelodak nafsu bila bersama saya tetapi dalam pada itu dia bersumpah untuk tidak menyentuh saya. Tiap-tiap malam dia menyuruh saya tidur memeluknya . Tetapi kami hanya di telefon. Saya menuruti kehendaknya tetapi saya tidak tahu perbuatan saya itu berdosa atau tidak. Dia juga pernah menyatakan selalu berasa terangsang bila teringat saya sewaktu tidur. Saya pernah terbaca didalam satu artikel ustaz bahawa adalah bahaya jika seorang lelaki yang menyatakan kehendak seksualnya . Kerana dia akan memperlakukan kepada wanita lain setelah berkahwin, Tetapi walaupun dia begitu saya yakin dia tidak akan mengajak saya melakukan zina sekaligus memperdaya kan keimanan saya dan mencemari batas-batas yang telah kami jaga dari awal perkenalan sehinggalah pertunangan. Soalan saya adalah saya amat takut ustaz jika kami berjaya digoda oleh nafsu syaitan kerana kadang-kadang saya pun merasa terangsang apabila kesian kat dia yang bersungguh-sungguh mengawal nafsunya terhadap saya . Saya tahu dia terseksa . :cry ULASAN RINGKAS UZAR Maaf saya katakan, semua boyfriend atau kekasih yang merayu dan memberitahu secara terbuka kehendak sesksualnya kepada teman wanitanya atau sebaliknya adalah lelaki dan wanita yang TIDAK BAIK dan berisiko untuk dijadikan teman hidup. Demikian jika diikutkan kepada sifir normal kehidupan manusiawi. Kecualilah ia disambar kilat keinsafan. Tindakan teman lelaki yang mendedahkannya tidak lain kecauli permainan Syaitan dan nafsu lelakinya untuk memerangkap sdri agar merasa simpati hingga akhirnya menyerahkan tubuh saudri kononnya atas dasar ingin membantu. Jika saudari benar-benar kasihkannya, KETAHUILAH melayan teriakan nafsu teman lelaki tadi bukanlah membantu sama sekali, sekali lagi saya nyatakan sebarang tidakan melayan nafsunya BUKAN MEMBANTU tetapi menghukumnya dan menghukum diri anda sendiri. Iaitu menghukum diri untuk dihumban ke jalan neraka. Insaflah. Tindakan itu hanya disukai oleh Syaitan kerana berpeluang menjatuhkan anda berdua ke lembah hina zina. Saya setuju dengan ulasan seorang rakan saya yang mengatakan "Sekali si wanita itu berikan tubuhnya kepada kekasihnya kononnya atas dasar kasih dan simpati" "Selepas itu, tiada lagi sebab kukuh untuk si lelaki mengahwini si wanita dan rasa kasih kepada sang wanita itu. Kerana wanita yang telah menyerahkan tubuhnya sebelum kahwin (tanpa merasa kesal dan taubat) adalah wanita yang para lelaki fikirkan TIDAK sesuai dijadikan isteri, mereka hanya untuk permainan sahaja. Malah wanita tadi telah menjatuhkan nilainya kepada kategori wanita murah, tiada nilai lagi untuk dijadikan suri hidupnya" Saya tidaklah setuju seratus peratus (atau secara pukul rata kepada semua kes) dengan kesimpulannya namun saya bersetuju bahawa kebanyakannya akan berakhir demikian. Jika berkahwin sekalipun, penceraian akan menjelma dalam beberapa tahun sahaja. Kesimpulannya, hentuikanlah rasa simpati tidak bertempat dan nasihatilah teman lelaki anda, dan jalan keluar hanyalah berkahwin dengan segera. Syarat terpenting juga, adalah jauhilah berdua-duaan kerana itulah punca sentuh menyentuh berlaku dan akhirnya ke lembah zina. Sekian.
|