|
Hubungan kelamin terjejas disebabkan penyakit kulit pada zakar |
|
|
Thursday, 31 May 2007 |
PENYAKIT kulit anggota kemaluan merumitkan jika ia tidak pulih kerana boleh mengganggu hubungan kelamin. Jika dibiarkan ia boleh merebak jika penyakit itu berpunca dari jangkitan kuman, kulat atau virus. Jika disebabkan alahan pula, selagi bahan yang menimbulkan alahan itu masih ada ia susah hendak pulih.
Kekeringan anggota sulit berlaku apabila bahan pelembap semulajadinya kurang dan mengakibatkan kulit kering dan tegang dan terasa gatal. Jika digaru keradangan akan berlaku dan jika kulit melecet, ia akan terdedah kepada jangkitan. Jika individu itu pernah melakukan persetubuhan dan kemudian ada masalah kulit, ia mungkin akibat persetubuhan itu. Kemerahan dan bintik-bintik yang mengandungi cecair pada permukaan kulit anggota sulit mungkin petanda jangkitan Herpes atau kayap anggota kelamin. Jika terkena air ia amat memedihkan. Ubat nyah kuman virus dapat membantu, tetapi kuman virus itu masih kekal dalam urat saraf dan kembali apabila daya tahan individu itu lemah. Kudis dan bengkak pada pundi lymph di celah kangkang menandakan jangkitan kuman virus LGV atau kuman siflis dan kegatalan dan kemerahan dengan cecair berwarna putih petanda jangkitan kulat kandida. Apa yang penting, jangan biarkan penyakit kulit anggota sulit begitu tanpa berjumpa doktor. Merawat secara sendiri boleh membawa padah.
|
1. kenapa saya bisa terkena penyakit seperti ini, apakah penularannya melalui hub sex? pdhl terakhir saya berhubungan saya menggunakan kondom, atau saya terkena penyakit ini karna penis saya dihisap?
2. apakah lama saya bisa pulih kembali seperti awal? karna rasanya sangat tdk nyaman sekali, sehingga utk berjalan pun saya susah, dan bagaimana cara pengobatan yg efektif
3. kalaupun penyakit ini hilang, apakah bisa kembali lagi?
4. apakah saya bisa menularkan ini ke orang lain? dan bagaimana cara penularannya?
saya harap pertanyaan2 saya ini bisa dijawab dgn sebijak mungkin, sehingga saya puas dgn jawaban anda, sebelumnya saya ucapkan terima kasih...